Kabinet Dapur > Informasi Kabinet Dapur > Zon Kerja Segi Tiga Dapur
Zon Kerja Segi Tiga Dapur (Kitchen Work Triangle)
![]() |
Zon Kerja Segitiga Dapur (Kitchen Work Triangle) adalah garis tiga zon kerja utama dalam dapur iaitu hob, sink dan peti sejuk. Garis panduan zon kerja segitiga dapur ini dapat membantu kita untuk memastikan aliran kerja dalam dapur adalah lancar, tanpa halangan. Garis panduan membentuk tiga zon ini supaya ia tidak terlalu jauh daripada satu sama lain dan tidak terlalu dekat antara satu sama lain. Jarak tiga zon kerja yang terlalu juah akan menyebabkan kita berjalan mundar-mandir lebih daripada biasa semasa di dapur, terlalu dekat akan menjadi ruang kerja terlalu sempit. Garisan di antara tiga zon kerja ini tidak boleh melebihi jumlah jarak 6 meter. Jarak yang sesuai di antara poin kerja ialah 90 cm.
Apabila kita membuat keputusan untuk menyusun kabinet dapur dan peralatan berkaitan antara satu sama lain, kita perlu mengambil kira zon kerja segitiga dapur (kitchen work triangle). Pendekatan ini dapat membantu kita untuk membentuk dapur yang cekap dan mudah guna. Zon kerja segitiga dapur (kitchen work triangle) mengaitkan tiga zon kerja utama di dapur iaitu storan / penyimpanan (peti sejuk dan storan kering), mencuci (sink, membasuh pinggan-mangkuk) dan memasak (hob, ketuhar, ketuhar gelombang mikro). Meletakkan tiga zon kerja dengan betul adalah penting untuk mendapatkan segi tiga kerja yang ergonomik dengan aliran kerja semulajadi dan semuanya mudah dicapai. Ini adalah beberapa petua asas untuk dipertimbangkan apabila merancang zon kerja segitiga anda:
Zon Memasak
Elakkan melintas dapur membawa periuk dan kuali yang panas. Fikirkan untuk meletakkan ketuhar dan hob berdekatan sink dan bahagian atas kerja.
Zon Mencuci
Sink anda adalah tempat yang penting. Pelan agar peti sejuk anda berdekatan untuk memudahkan penyediaan makanan. Juga berdekatan dengan hob memudahkan anda mengetus pasta dan sayur-sayuran.
Zon Storan
Untuk penyimpanan, pastikan anda mempunyai cukup storan untuk semua bahan makanan, termasuk bahan makanan kering di dalam peti sejuk. Bahagian atas kerja berdekatan kabinet tinggi dan peti sejuk memudahkan anda mengemaskan barang-barang yang baru dibeli.
Kabinet Dapur | Produk | Informasi Kabinet Dapur | Hubungi Kami |